The Sun Still Sleeps
Hi, this is my blog. i hope you enjoy it.




posted : Sunday, July 26, 2009
title : Kecelaruan gaya pemakanan | Anoreksia nervosa | Bulimia nervosa

Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada ketak suban seseorang yang melampau memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Ketak suban ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan. 90% daripada mereka yang mengalami kecelaruan gaya pemakanan adalah wanita. Anoreksia nervosa dan bulimia nervosa merupakan dua kecelaruan gaya pemakanan yang lazim dialami oleh mereka.

Penyakit ini lazimnya bermula semasa zaman remaja atau menjelang alam dewasa. Namun demikian, terdapat juga laporan yang mengesahkan bahawa penyakit ini boleh dikesan pada zaman kanak-kanak atau di peringkat dewasa.

Kecelaruan gaya pemakanan boleh juga berlaku seiring dengan penyakit mental lain seperti kemurungan, penyalahgunaan bahan terlarang dan penyakit resah atau takut.

Anorexia nervosa

  • Penghidap anoreksia nervosa lazimnya memilih untuk terus berlapar dan enggan mengekalkan berat badan unggul kerana berpendapat mereka masih gemuk.

Bulimia nervosa

  • Penghidap bulimia pula sering mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha untuk membuangkan apa yang telah dimakan sama ada dengan memuntahkan semula atau menggunakan ubat-ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat. Penghidap bulimia boleh mengalami berat badan yang berubah-ubah tetapi tidaklah sampai ke tahap kemerosotan berat badan yang ketara seperti yang dialami oleh penghidap anoreksia.
Aku dapat artikel ni kat satu site ni. Untuk mengetahui dengan lebeh Detail, sila TEKAN SINI