The Sun Still Sleeps
Hi, this is my blog. i hope you enjoy it.




posted : Thursday, February 10, 2011
title : teori ilumiTAHI
salam

first off all aku nak minta maaf kepada pembaca blog aku sebab dah lama tak update blog aku. bukan apa, aku tak ada idea langsung untuk menulis.aku tau bukan ramai yang baca blog aku, tapi mungkin ada satu atau dua orang yang akan baca entry aku. so terima kasih kepada sesiapa yang sanggup meluangkan masa di blog aku dan membaca sampah yang aku tulis ni.

kita tinggalkan sesi minta maaf dan berterima kasih jap. pergi ke topic yang sebenar. apa yang aku nak kongsi dengan korang semua adalah isu ILUMINASI. ya, anda tak silap baca. ILUMINASI. mungkin ramai yang tahu akan isu ni dan mungkin ada yang lebih arif dari aku pasal ni. tapi aku rasa tak salah kan kalau aku curahkan pendapat aku?

ini adalah pendapat aku.Justify Full

aku pelik dengan segelintir manusia yang sangat obeses dengan teori iluminasi atau omputih panggil freemason. yes, aku tau benda ni wujud. hampir semua umat manusia dieorang nak sesatkan dan ikut ajaran dieorang. dah banyak sangat research yang dilakukan oleh segelintir manusia yang prihatin akan isu ini tetapi, ada something yang buat aku ragu-ragu tentang research yang dilakukan oleh insan-insan yang aku anggap terlalu extream.

bagi aku tak perlulah sampai terlalu obses sampai ada yang membuat research sampai aku rasa bodoh gila research tu. tak perlulah bangkitkan pasal binaan,ciptaan, pasukan bola sepak dan sebagainya dengan freemason.

kawan, sekarang ni kita dah duduk kat dalam dunia serba maju yang pakar-pakar research ni cakap freemason yang buat. yes aku rasa korang "betul" kot. kita dah duduk di dalam dunia mereka. tapi,

perlu ke sampai kita nak memboikot itu ini? korang cakap semua freemason cipta, tapi kenapa korang still guna teknologi sekarang? ada jawapan tak bagi soaalan aku? kalau ada sila jawap. kita sibuk dok kata itu freemason, ini freemason. mana korang dapat sumber? comfirm ke freemason buat itu ini?

pendapat aku lagi.

babe, islam pun menyeru kita supaya berfikiran luas dan menggunakan teknologi bagi memajukan agama kita yang suci ni. kalau semua benda kita nak boikot, agak-agak bila kita boleh maju? apa salah kita gunakan teknologi yang dicipta oleh freemason (yang macam korang conclude) sebagai satu medium untuk melawan mereka?

allah bagi otak kat kita supaya kita berfikir dengan betul sebelum membuat tindakan atau keputusan. bukan bagi otak supaya letak kat lutut dan ikut saja apa orang cakap.orang suruh makan taik, kita pun nak kena makan ke? otak ada, fikir lar. jangan la membabi buta tuding jari itu ini. sampai ke saudara sesama islam pun kita nak kata freemason. come on man, kita dah besar. apa guna kita belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading tapi bodoh dalam memproses maklumat.

aku bukan apa, just nak mengingatkan korang dan juga diri aku sendiri. tolong dan tolonglah jadi matang bila kita menerima sesuatu info dan maklumat. don't simply point your finger to others because it will show you how stupid you are. please think before you make your decision pal. because that's will make you more matured in making decision.

terima kasih kepada yang membaca. fikir-fikirlah apa yang aku cakap ni.

peace be upon you.