The Sun Still Sleeps
Hi, this is my blog. i hope you enjoy it.




posted : Saturday, June 18, 2011
title : masih ada lagi orang macam ni kat dunia.
Semalam aku godek-godek pic kat dalam hardisk aku. godek punya godek aku terjumpa satu gambar yang betul-betul buat aku teringat and sebak bercampur bangga. sebab apa? begini ceritanya.

pada suatu hari, ijad ajak aku teman die pergi wedding cousin die kat kuala selangor la. tempat aku lupa. yang aku pasti kat kuala selangor.dia minta aku tolong dia ambil gambar pada wedding tu. aku ikut la sebab nak gain experience dalam wedding photography. bukan itu sahaja niat aku. ada niat lain jugak. iaitu MAKAN! (hahaha). bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. ok, straight to the point! melalut dah ni!

aku buat la kerja macam biasa. snap, snap dan snap. and dalam keghairahan menekan button shutter tu, aku tertarik kat satu pasangan suami isteri ni. aku bukan main taram jer cakap dieorang suami isteri. aku tanya orang kampung dulu yer. aku tengok si suami menyuapkan nasi kepada si isteri. si isteri seorang yang kurang upaya. kat sini aku dapat tengok kasih si suami kepada isterinya lantas buat aku rasa sebak dan bangga.

bila aku tengok tu, aku bermonolog, " masih ada lagi orang macam ni kat dunia. susah nak jumpa." serius bai. rare gile nak jumpa situation macam tu. moga allah panjangkan jodoh mereka berdua. kat sini aku sempat snap pic semasa si suami menyuapkan makanan kepada si isteri untuk santapan mata korang.

this is what we call true love.